Bidara Fruit



 Tajuk :Cara Penanaman dan Penjagaan Pokok Bidara

Gambar ahli kumpulan

 Nama ahli kumpulan: Dari kiri (MUHAMMAD IDZWAN BIN NIZAM), (MUHAMMAD ADIB BIN ROSDI) dan (MOHD AZLI HASRUL BIN ALIAS)

Penerangan tajuk yang dipilih

                    Pertama sekali, kami memilih tajuk ini kerana kami melakukan tinjauan dan kajian berkaitan pokok bidara kerana tumbuhan ini kurang mendapat perhatian dan sambutan daripada kebanyakkan rakyat di negara ini. Selain itu, kami memilih tajuk ini kerana kami ingin menerangkan secara terperinci segala aspek yang dilakukan dalam penanaman tumbuhan ini yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada pengusahanya. Aspek yang kami ingin terangkan dalam blog ini antaranya ialah aspek cara penanaman yang dijalankan dalam tanaman ini yang menggunakan cara yang terkini dan bersistematik yang mengguna pakai sistem pengjaringan .Seterusnya, kami ingin juga menerangkan teknik teknik yang digunakan dalam penanaman pokok bidara ini yang mana ia lebih  mementingkan hasil dan kualiti yang terbaik bagi buah ini. Antaranya ialah, menggunakan teknik pengjarangan buah dimana buah yang akan dihasilkan akan lebih besar dan lebih tinggi khasiatnya, teknik pemangkasan dahan dimana bagi mendapatkan ketinggian yang ideal bagi memudahkan proses untuk memungut hasil buah tersebut, teknik pembajaan yang digunakan yang lebih mementingkan kesan yang positif seperti penggunaan baja baja organik. Akhir sekali, kami cuba menerangkan teknik pengairan yang dijalankan dalam penanaman ini dimana ia menjaga tempoh penyiraman dan juga mementingkan kaedah yang proaktif bagi menjaga kesuburan tanaman tersebut.

Latar belakang ahli kumpulan

              Saya Muhammad Idzwan B. Mohd Nizam,saya  berasal dari Ipoh, Perak.Umur saya berumur 19 tahun.Saya menduduki SPM pada tahun 2016 dan mengambil kos sastera.Saya menyambung pelajaran saya di Politeknik Jeli Kelantan di peringkat Diploma dalam bidang Agroteknologi.

              Saya Muhammad Adib Bin Rosdi saya berasal dari Negeri Pahang. Umur saya 19 tahun dan saya mengambil SPM pada tahun 2016 dan menyambung pelajaran saya di Politeknik Jeli Kelantan pada tahun seterusnya di peringkat Diploma di dalam bidang Agroteknologi iaitu Perladangan selama 3 tahun.

             Saya Mohd Azli Hasrul bin Alias, saya berasal dari Dungun,Terengganu. Umur saya 20 tahun dan saya mengambil kos Sains Tulen di Tingkatan 5 pada tahun 2015. Cita- cita saya ialah menjadi seorang pegawai pertanian yang berholistik dan mampu membanggakan kedua ibubapa saya.



Buah bidara
gambar buah bidara
           
            Buah bidara ( Zizyphus mauritiana Lamk) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Rhamnaceae yang boleh ditanam di negara kita sebagai satu jenis pokok buah-buahan yang berpotensi untuk dimajukan. Nama lain bagi buah bidara adalah epal siam,jujubi dan beberapa nama tempatan lain. Buah bidadara yang masak boleh dimakan mentah atau juga dibuat jus atau manisan. Buah bidara adalah satu jenis buah yang kian mendapat sambutan daripada penduduk tempatan mahupun penduduk luar negara kerana rasa yang seakan buah epal dan ianya mempunyai zat yang tinggi. Di Malaysia, penanaman buah bidara kurang mendapat sambutan daripada kebanyakkan petani - petani di negara kita kerana penanaman buah bidara ini dianggap satu penanaman yang tidak mendatangkan lumayan kepada petani petani yang mengusahakannya. Tambahan pula, tanaman pokok bidara ini dianggap kurang dari segi pengkomersialannya kerana ianya tidak dieksport ke luar negara dan ianya kebiasaanya dihantar ke pusat pusat pelancongan terutamanya di Genting Highland.







 gambar pengusaha ( Mr Lim) dan ladangnya

                Di Malaysia,tanaman buah bidara diusahakan oleh seorang petani yang berjaya iaitu Mr Lim Chin Kee yang mengusahakan tanaman ini khususnya di negeri Pahang. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berumur 43 tahun dan mempunyai keluasan ladang sebanyak 19 ekar. Beliau mengusaha dan menanam pelbagai jenis buah-buahan seperti buah jambu air,jambu batu,buah bidara,nangka,buah abiu,limau purut,ciku,durian dan cempedak. Lokasi ladang beliau adalah di PT385 Sungai Klau,27630 Raub,Pahang. Tanaman yang kami kaji di ladang milik beliau ialah tanaman buah bidara yang jarang diusahakan oleh petani-petani di negara kita. Ladang buah bidara milik Mr Lim berkeluasan setengah ekar dimana pohon bidara di ladangnya sudah berusia 12 tahun.




Teknik Penjaringan


                 Ladang buah bidara milik Mr Lim menggunakan kaedah penanaman secara sistematik dimana ia menggunakan biji benih yang berkualiti yang diimport dari Thailand. Benih yang diimport dari negara luar kerana biji benih yang dihasilkan mempunyai hasil yang diperoleh lebih besar, berkualiti dan rasanya yang lebih manis daripada benih tempatan.Selain itu, kaedah untuk menghasilkan pokok yang berkualiti dari segi bebas dari ancaman serangga juga penting dalam penanaman tanaman ini. Oleh itu, pengusaha biasaya menggunakan kaedah penjaringan dan kos untuk membuat sistem penjaringan ini dan kebiasaannya menelan perbelanjaaan yang agak tinggi yang dianggar bernilai RM30 ribu.Sistem tersebut digunakan bagi menjaga buah bidara dari serangan serangga perosak khususnya lalat buah yang menjadi masalah utama bagi menjaga kualiti buah tersebut. Seterusnya, menggunakan teknik penjarangan buah bagi menghasilkan buah yang lebih besar dan berkualiti. Teknik ini penting bagi menghasilkan buah yang mampu menarik minat pengguna yang inginkan rasa yang berlainan dan mempunyai khasiat yang tinggi   seperti vitamin E yang mampu memberi awet muda kepada penggemarnya.





Teknik pemangkasan dahan




Teknik penyiraman





                Bagi menjaga ketinggian pokok yang sesuai, ia menggunakan teknik pemangkasan dahan dimana dahan-dahan yang baru bercambah haruslah dibuang dengan menggunakan gergaji atau gunting besar.Teknik  ini sangat sesuai bagi memungut hasil dengan lebih senang kerana pokok yang dihasilkan lebih rendah dan hasil tidaklah mengalami kerugian dari segi buah rosak akibat jatuh ke tanah. Bagi menjaga kualiti dan kuantiti tanaman tersebut,beliau menggunakan baja organik seperti sisa tumbuhan,sisa koko dan sisa soya.Kelebihan apabila menggunakan baja organik, ia tidak memberi kesan yang buruk kepada pokok dan buah tersebut. Contohnya, sisa tumbuhan lebih menggalakkan pertumbuhan pokok secara semulajadi dan tidak mengandungi bahan bahan kimia.Jadi, buah yang dihasilkan lebih berkualiti dan bebas dari segala kesan sampingan apabila memakannya.Seterusnya, sistem pengairan juga penting bagi mengawal ketinggian pokok tersebut dengan menggunakan pam air atau power spray.Power spray ini dilakukan sebanyak 3 hari sekali selama satu jam secara berperingkat bagi mengawal kelembapan tanah yang boleh mempengaruhi pertumbuhan pokok bidara tersebut.

                    Kesimpulannya, penanaman buah bidara ini tidaklah begitu susah tetapi ia memerlukan pengorbanan dari segi kewangan, penjagaan yang rapi serta kaedah yang sistematik bagi mendapatkan hasil yang dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Oleh itu, anak - anak muda haruslah berani dan rajin dalam menceburi bidang tanaman bidara ini yang
dapat memberi pendapatan lumayan walaupun tanaman ini tidak begitu popular dalam negara kita. Kerajaan juga haruslah memberi bantuan seperti bantuan kewangan kepada petani yang ingn mengusahakan tanaman ini kerana ia memerlukan kos yang agak tinggi.Akhir sekali, pertanian di negara kita haruslah dibangunkan dan dimajukan bagi meningkatkan hasil pendapatan negara seterusnya dapat membantu petani petani kecil dan lagi menggalakkan lebih lagi anak muda menceburi bidang ini yang dianggapkan kurang mendapat sambutan daripada golongan muda. Sebagai kata akhir, setiap usaha tidak menjanjikan kejayaan tetapi setiap kejayaan datangnya daripada usaha dan haruslah berfikir secara global dan bertindak secara global.
                   

Pacakkan positivity, nyahkan negativity







Comments

  1. Assalamualaikum. Video sesi temuramah dengan pengusaha buah bidaraperlu ada seperti yang dikehendaki dalam labwork 1

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum tuan adib...minta tlg contact sy...
    Berkenaan buah bidara...urgent...tq...
    0183617336

    ReplyDelete
  3. salam semua nk kongsi boleh jika ada sakit darah tinggi atau masalah saraf atau kanser tahap 1 2 3 dan 4 atau lain2 penyakit cuba berubat dengan mohd zuhairi bin noordin 017 4687570..Insya Allah mujarab dan mmpu milik dah bnyk testimoni2 yang dah sembuh tahap 4 dan penyakit2 lain.pengasas gunakan pokok2 herba yang terpilih yang penting harga mmpu milik

    ReplyDelete

Post a Comment